Peperiksaan Online

Selamat datang.

Sekiranya anda dipanggil menghadiri Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) buat kali pertama, dicadangkan supaya anda membaca dahulu tentang Sukatan Peperiksaan Online SPA.

Selain sukatan, anda juga perlu mengambil tahu tentang format peperiksaan online yang bakal diambil. Maklumat tentang peperiksaan ada dimaklumkan oleh SPA dalam emel panggilan memasuki peperiksaan yang anda terima.

Penting untuk anda mengetahui tentang sukatan peperiksaan dan format peperiksaan ini supaya anda boleh membuat persedian dengan lebih baik.

Anda boleh melihat contoh soalan peperiksaan online SPA mengikut jawatan yang kami kongsikan. Selepas itu anda boleh cuba menjawab soalan dalam Simulasi Peperiksaan Online.

Sekiranya anda mencari bahan rujukan, baca tips membeli bahan rujukan untuk mengelakkan anda tersalah beli bahan rujukan yang tidak sesuai dengan peperiksaan anda.

Teruskan membaca untuk mendapatkan lebih banyak tips menjawab soalan peperiksaan online.

Jadual Peperiksaan Online SPA

Senarai peperiksaan online SPA yang akan diadakan dalam tempoh masa terdekat. Klik Link Semakan dan anda akan di bawa terus ke portal SPA.

27 Mar 2024

Pembantu Muzium Gred S19

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Semenanjung)

29 Mar 2024

Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19

Kementerian Kesihatan Malaysia (Semenanjung)

02 Apr 2024

Pegawai Kastam Gred WK41

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

03 Apr 2024

Jurubahasa Gred LA19

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (Semenanjung)

03 Apr 2024

Pegawai Penyelidik Gred Q41

Jabatan Perkhidmatan Veterinar

04 Apr 2024

Penjaga Jentera Elektrik Gred J19 (Sabah)

Kementerian Kerja Raya

04 Apr 2024

Penjaga Jentera Elektrik Gred J19 (Sarawak)

Kementerian Kerja Raya

Semakan Secara Manual Di Portal SPA

Terdapat kes di mana calon tidak menerima emel panggilan memasuki peperiksaan online. Tetapi selepas mereka membuat semakan secara manual di Portal SPA, di dapati mereka turut dipanggil untuk memasuki peperiksaan online SPA.

Bagi mengelakkan anda terlepas mengambil peperiksaan online SPA, pastikan anda membuat semakan secara manual apabila SPA membuat pengumuman pengambilan.

Ikuti SPA di Facebook page rasmi mereka untuk mengelakkan anda terlepas pengumuman penting oleh SPA.

Soalan Lazim

Bilakah sesuatu peperiksaan diadakan?

Peperiksaan hanya akan diadakan apabila terdapat permohonan pengisian jawatan daripada kementerian/jabatan yang mensyaratkan calon perlu mengambil peperiksaan.

Bilakah keputusan peperiksaan online sesuatu jawatan itu dikeluarkan?

Tarikh SPA keluarkan keputusan peperiksaan online setiap jawatan adalah dalam tempoh 25 hari bekerja dari tarikh peperiksaan dijalankan.

Bolehkah calon menukar tarikh peperiksaan yang telah dijadualkan?

Calon tidak boleh menukar tarikh kerana peperiksaan diadakan serentak di seluruh negara. Calon hanya dibenarkan mengambil peperiksaan mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan sahaja.

Bagaimanakah calon dipanggil untuk menduduki peperiksaan?

Calon yang dipanggil untuk menduduki peperiksaan akan dimaklumkan melalui emel dan paparan Portal SPA sahaja.

Bagaimanakah untuk dikecualikan daripada menduduki peperiksaan?

Pengecualian menduduki peperiksaan hanya diberikan kepada calon Peningkatan Secara Lantikan (PSL) sahaja. Calon-calon Lantikan Terus dan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) perlu menduduki peperiksaan.

Adakah calon perlu hadir ke pusat peperiksaan untuk peperiksaan online?

Calon tidak perlu ke pusat peperiksaan kerana tiada pusat peperiksaan disediakan bagi urusan peperiksaan online. Calon boleh mendudukinya di mana-mana lokasi dengan menggunakan kemudahan internet.

Bagaimanakah caranya untuk menduduki sesuatu peperiksaan?

Calon perlu mendaftar melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).

Sekiranya terdapat pengambilan bagi jawatan yang dimohon, calon-calon yang memenuhi syarat dan asas tapisan akan dipanggil menduduki peperiksaan online.

Di manakah calon boleh mendapatkan panduan peperiksaan secara online?

Calon yang dipanggil menduduki peperiksaan online boleh mendapatkan panduan mengenai peperiksaan melalui beberapa cara iaitu:

  1. Pautan melalui emel panggilan menduduki peperiksaan.
  2. Pautan melalui Portal SPA.
  3. Video panduan yang dikeluarkan oleh SPA di Youtube Channel dan Facebook Page SPA.
  4. Ataupun dapatkan rujukan yang dikeluarkan oleh pihak ketiga.

Anda boleh membaca soalan lazim lain di halaman Soalan Lazim.

Link Penting