Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA

Last Updated: 27 Februari 2021

Dalam banyak-banyak seksyen dalam peperiksaan online SPA, seksyen pengetahuan am adalah antara seksyen yang paling mencabar. Ramai calon kecundang di seksyen ini sebab tidak membuat persediaan yang mencukupi.

Tidak buat persediaan itu satu hal...

Bagi yang buat persediaan pula. Mereka hadapi masalah kesukaran membuat persediaan kerana skop soalan yang terlampau luas.

Topik Soalan Pengetahuan Am

Topik soalan pengetahuan am lebih luas berbanding seksyen lain. Soalan daya menyelesaikan masalah itu sebenarnya jauh lebih mudah berbanding soalan pengetahuan am.

Mahu tidak mahu. Anda memang perlu banyak membaca untuk skor maksimum dalam seksyen ini.

Tiada jalan pintas.

Antara topik yang pernah ditanya dalam soalan pengetahuan am SPA termasuklah:

  • Isu-isu semasa
  • Pengetahuan am tentang Malaysia
  • Sosial dan budaya
  • Dasar-dasar awam
  • Pentadbiran negara
  • Keselamatan negara
  • Hal berkaitan jawatan
  • Dan lain-lain...

Sebab itu anda jangan tak study pula... Jika anda tidak tahu tentang topik yang ditanya... Sudah pasti apa pun soalan yang berkaitan topik tersebut akan menjadi susah.

Analisis Pecahan Soalan

Topik soalan memang besar. Tetapi tim kami telah membuat analisis terhadap soalan Peperiksaan Online Pegawai Pendaftaran Gred kp41 yang berlangsung pada 26 Februari 2021.

Berdasarkan analisis tersebut, soalan pengetahuan am dipecahkan kepada:

  1. Soalan berkaitan jawatan
  2. Soalan berkaitan pentadbiran negara
  3. Soalan isu semasa
  4. Soalan sejarah

Soalan berkaitan jawatan — Ini antara soalan yang wajib keluar dalam peperiksaan online SPA. Anda perlu mengetahui hal-hal berkaitan dengan jawatan.

Soalan yang tanya mungkin berkaitan tugas, jabatan, kementerian dan lain-lain yang berkaitan dengan jawatan. Semua maklumat ini anda boleh cari di website rasmi jabatan, kementerian berkaitan.

Soalan berkaitan pentadbiran negara — Ini juga soalan yang pasti akan masuk dalam peperiksaan. Soalan tentang Yang di-Pertuan Agong yang baru pun ada keluar dalam peperiksaan online Pegawai Pendaftaran Gred kp41.

Soalan isu semasa — Dalam soalan peperiksaan online Pegawai Pendaftaran Gred kp41, SPA ada tanya soalan berkaitan DARURAT. Isu darurat ini masih baru lagi...

Sekitar 1-2 bulan itu pun masuk dalam peperiksaan. SPA sudah mula masukkan soalan isu semasa yang masih segar. Ini akan membuatkan proses membuat persediaan makin mencabar.

Topik hangat Februari 2021 adalah VAKSIN, mungkinkah SPA akan tanya dalam peperiksaan online yang bakal berlangsung tidak lama lagi?

Soalan sejarah — Dalam soalan peperiksaan online tahun 2019 dan 2020, SPA langsung tidak masukkan soalan sejarah. Tapi SPA ada buat perubahan baru-baru ini.

Dalam soalan peperiksaan online Pegawai Pendaftaran Gred kp41, SPA telah masukan 2 soalan sejarah.

Tips Menjawab Soalan Pengetahuan Am

Bagaimana untuk skor maksimum dalam seksyen pengetahuan am?

Persediaan sebelum hari peperiksaan:

Banyakkan membaca — Mahu tidak mahu... anda perlu mencari dan membaca tentang topik yang berkaitan. Pergi ke portal rasmi SPA. Baca tentang deskripsi jawatan.

Pergi ke portal rasmi — jangan lupa semak portal rasmi kementerian atau jabatan berkaitan jawatan dan baca maklumat yang dikongsikan di portal rasmi mereka yang relevan untuk peperiksaan online anda.

Cari contoh soalan spa — ramai yang rajin kongsikan contoh soalan di blog kerjaya. Dan jika anda rajin cari di Facebook, ada yang kongsikan screenshot soalan peperiksaan online yang mereka jawab.

Persediaan pada hari peperiksaan:

Pastikan internet stabil — ini supaya anda masuk ke portal peperiksaan online SPA tanpa sebarang isu. Maklumkan ahli keluarga supaya minimumkan penggunaan internet jika anda berkongsi internet menggunakan wifi.

Gunakan laptop atau komputer — supaya anda mempunyai skrin yang lebih luas untuk memudahkan anda membaca soalan peperiksaan.

Simpan nombor telefon SPA - ini memudahkan anda membuat aduan jika anda menghadapi sebarang isu untuk memasuki sistem peperiksaan SPA.

Tips Semasa Peperiksaan

Jawab mana yang tahu dahulu — ketika peperiksaan berlansung, anda mempunyai masa yang terhad untuk menjawab. Jangan terlalu lama ambil masa untuk menjawab soalan. Mana-mana soalan yang anda tak tahu... tinggalkan dulu soalan tersebut jawab soalan tersebut kemudian.

Contoh Soalan Pengetahuan Am

Cuba anda jawab contoh soalan di bawah ini. Topiknya agak pelbagai. Jadi jika anda tidak dapat menjawab soalan yang diberikan... Anda perlu cari bahan rujukan bagi membantu anda membuat persediaan.

Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang
  1. Beragama Islam.
  2. Keturunan Melayu.
  3. Pernah menjadi Menteri Kabinet.
  4. Menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang.
Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai
  1. Penubuhan ASEAN.
  2. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
  3. Pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
  4. Penubuhan kawasan aman, bebas dan berkecuali di Asia Tenggara.
Malaysia pernah menjadi tuan rumah kepada satu temasya sukan yang berprestij dan bertaraf dunia pada tahun 1998. Apakah temasya sukan tersebut?
  1. Sukan Olimpik.
  2. Sukan Paralimpik.
  3. Sukan Malaysia (SUKMA).
  4. Sukan Komanwel.
Kuasa tertinggi pentadbiran negara adalah
  1. Perdana Menteri.
  2. Majlis Raja-Raja.
  3. Yang di-Pertuan Agong.
  4. Perlembagaan Malaysia.
Untuk pindaan perlembagaan yang berkaitan dengan kedudukan istimewa orang Melayu, apakah syarat yang diperlukan sebelum ianya dianggap sah?
  1. Persetujuan majoriti ahli parlimen.
  2. Persetujuan majoriti lebih 2/3 ahli parlimen.
  3. Persetujuan majoriti lebih 2/3 ahlimen dan 1/2 Dewan Negara.
  4. Persetujuan majoriti lebih 2/3 ahli parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja.
Negeri manakah yang turut dikenali dengan "Negeri Di Bawah Bayu"?
  1. Kedah
  2. Sarawak
  3. Johor
  4. Sabah
Berikut adalah perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan kecuali
  1. Perkapalan dan Pelayaran
  2. Perhubungan dan Pengangkutan
  3. Pertanian dan Perhutanan
  4. Perdagangan dan Perusahaan

Akhir Kata

Usaha adalah tangga kejayaan. Anda dipanggil memasuki peperiksaan online SPA. Selangkah lagi anda akan dipanggil menghadiri temuduga SPA pula.

Usaha sehabis baik supaya anda lulus peperiksaan online ini. Kami doakan anda skor maksimum dalam seksyen pengetahuan am. Insyaallah nanti kami akan kemaskini dan tambah contoh soalan pengetahuan am yang baru.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lain, mohon tuliskan di ruangan komen.

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda!

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.