Sukatan Peperiksaan Online SPA

Last Updated: 15 November 2020

Anda dipanggil ke Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)?

Sebelum anda mula study untuk peperiksaan tersebut, penting untuk anda mengetahui sukatan peperiksaan online SPA. Jika anda tidak ambil peduli, sukar untuk anda mula study.

Dengan mengetahui sukatan peperiksaan yang bakal anda ambil, anda boleh study dengan lebih berfokus dan tidak membuang masa study perkara yang tidak perlu.

Seksyen Dalam Peperiksaan Online SPA

Dalam peperiksaan online PSEE, SPA boleh menggunakan kesemua seksyen atau gabungan dari seksyen berikut:

  • Pengetahuan am
  • Daya menyelesaian masalah
  • Kefahaman bahasa Inggeris
  • Ujian Psikometrik

Soalan peperiksaan akan disusun mengikut keperluan jawatan. Oleh sebab itu seksyen dalam peperiksaan mungkin berbeza mengikut jawatan dan gred jawatan.

Kebiasaannya semakin tinggi gred jawatan, semakin besar skop soalan yang akan ditanya.

Bentuk Soalan Peperiksaan Online SPA

Ini merupakan salah satu kelebihan peperiksaan online PSEE.

Kesemua soalan adalah berbentuk soalan objektif. Calon hanya perlu menjawab semua soalan dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Fikir logik dalam soalan objektif bila tidak tahu nak jawab apa, kita boleh hentam pilih apa sahaja jawapan.

Tetapi awas...

Tindakan ini mungkin boleh menyebabkan anda gagal peperiksaan online spa. Setiap seksyen mempunyai cabaran yang tersendiri.

Format Soalan Peperiksaan Terkini

Untuk mengetahui format peperiksaan terkini bagi jawatan yang dipanggil, anda perlu merujuk pada kandungan emel yang dihantar oleh SPA.

Di dalam emel ada dinyatakan maklumat penting mengenai peperiksaan online yang bakal anda ambil. Emel mengandungi antaranya maklumat berikut:

  • Tarikh peperiksaan
  • Waktu dan tempoh menjawab
  • Format peperiksaan (seksyen)
  • Link memasuki peperiksaan

Bagi tidak membuang masa, anda hanya perlu study untuk seksyen yang akan dimasukkan peperiksaan online sahaja. Abaikan dulu seksyen yang tidak masuk peperiksaan.

Markah Lulus Peperiksaan Online SPA

Pihak SPA tidak mendedahkan berapa markah lulus peperiksaan online bagi setiap jawatan. Tetapi bergantung kepada jawatan dan gred jawatan, markah lulus bagi setiap peperiksaan online itu mungkin berbeza.

Keputusan Peperiksaan Online SPA

Selepas mengambil peperiksaan online, pasti anda tertanya-tanya... Bila keputusan peperiksaan tersebut akan keluar.

Mengikut Standard Operating Procedure (SOP) SPA, bagi setiap peperiksaan online, keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh 25 hari bekerja.

Ada kala calon tidak perlu menunggu lama. Keputusan peperiksaan online SPA ada dikeluarkan seawal satu minggu selepas peperiksaan dijalan.

Kemudahan ini dapat kita nikmati kerana sistem peperiksaan online SPA sentiasa ditambahbaik dari masa ke masa. Jika anda menghadapi sebarang kesukaran, buat laporan kepada SPA supaya ia boleh ditambahbaik.

Panduan Peperiksaan Online

Bagi anda yang pertama kali memasuki peperiksaan online SPA, tonton video di bawah bagi melihat cara untuk menjawab soalan peperiksaan SPA secara online.

Selain menonton video yang disediakan SPA, anda boleh mendapatkan ebook rujukan bagi membantu anda membuat persedian menghadapi peperiksaan online SPA.

Kami ingin rekomen 2 rujukan berikut kepada anda yang bakal mengambil peperiksaan online SPA.

Penutup

Semoga artikel tentang sukatan peperiksaan online SPA ini membantu anda untuk lebih mengetahui tentang Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam.

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda!

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.