Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA

Last Updated: 14 November 2020

Seksyen Ujian Psikometrik boleh dikatakan antara soalan peperiksaan online SPA yang paling mudah. Paling tidak... Itulah apa yang dirasakan oleh majoriti yang mengambil ujian psikometrik SPA.

Soalannya ringkas dan calon tidak perlu berfikir panjang untuk menjawab soalan psikometrik ini. Walaupun nampak mudah, sebenarnya seksyen ini juga boleh menjadi perangkap kepada calon.

Ramai calon yang ambil mudah seksyen ini... Akhirnya mereka kecundang.

Sebelum melihat contoh soalan ujian psikometrik, penting untuk anda mengetahui beberapa perkara tentang Ujian Psikometrik. Kita mula dengan topik kaedah penilaian yang digunakan SPA dahulu.

Apakah Kaedah Penilaian Yang Digunapakai SPA?

Dalam urusan pengambilan, SPA menggunakan kaedah penilaian yang menyeluruh. Ujian Psikometrik adalah salah satu kaedah yang digunapakai untuk menilai calon.

Bagi memastikan calon adalah benar-benar sesuai untuk sesuatu jawatan, dalam Ujian Psikometrik calon akan dinilai dalam aspek:

  • Sikap
  • Kompetensi
  • Pengetahuan
  • Kemahiran
  • Personaliti

Kaedah penilaian ini bergantung kepada keperluan sesuatu jawatan. Oleh sebab itu jika anda perasan... tidak semua jawatan memerlukan calon mengambil Ujian Psikometrik.

Apakah Kriteria Penilaian Dalam Ujian Psikometrik?

Setiap sesuatu jawatan itu... ada ciri-ciri individu yang sesuai untuk jawatan tersebut.

Cuba anda fikirkan...

Untuk jawatan jururawat misalnya. Apakah ciri-ciri yang perlu bagi seseorang yang ingin berkhidmat sebagai seorang jururawat?

Bagaimana pula dengan ciri-ciri yang diperlukan oleh seseorang yang akan menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik?

Sekarang fikir pula bagaimana SPA akan menentu calon sesuai dengan jawatan?

Soalan psikometrik direka dan disusun untuk membuat penilaian personaliti dan kompetensi calon. Ini bagi menilai keserasian mereka terhadap pekerjaan, organisasi serta kerja berpasukan.

Jawapan yang diberikan ketika menjawab soalan ujian psikometrik ini akan diproses. Hasil analisis akan menentukan kesesuaian calon dengan ciri-ciri dan kompetensi piawai untuk sesuatu jawatan.

Tips Menjawab Soalan Psikometrik

Nampak mudah sajakan untuk menjawab soalan psikometrik? Tetapi ketika menjawab soalan psikometrik, ada beberapa tips yang anda boleh praktiskan.

Jawapan Harus Konsisten — Soalan yang sama akan ditanya beberapa kali dalam bentuk soalan yang berbeza. Pastikan jawapan anda konsisten untuk soalan tersebut.

Serlah Sikap Positif — Ini sangat penting. Anda perlu serlahkan sikap positif anda dan sembunyikan sikap negatif. Banyakkan menjawab soalan psikometrik untuk biasakan diri.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Cuba jawab soalan psikometrik di bawah ini.

Saya bergaul dengan semua orang
  1. Ya
  2. Tidak
Saya akan semak dan periksa dahulu sebelum menyebarkan sebarang berita
  1. Ya
  2. Tidak
Saya ada banyak idea tetapi sukar mengeluarkannya
  1. Ya
  2. Tidak
Saya menghormati pendapat rakan sekerja walaupun berbeza pendapat
  1. Ya
  2. Tidak
Saya tidak membuang sampah merata-rata
  1. Ya
  2. Tidak
Saya menawarkan diri membuat kerja secara sukarela tanpa disuruh
  1. Ya
  2. Tidak
Saya hanya menolong orang yang saya suka sahaja
  1. Ya
  2. Tidak
Saya selalu dipuji cikgu di zaman persekolahan dahulu
  1. Ya
  2. Tidak
Saya bersukan secara berkala setiap minggu
  1. Ya
  2. Tidak
Saya datang dan pulang dari tempat kerja mengikut waktu pejabat
  1. Ya
  2. Tidak

Bila Keputusan Ujian Psikometrik Akan Dikeluarkan?

Keputusan bagi setiap peperiksaan online SPA akan dikeluarkan dalam tempoh 25 hari bekerja.

Penutup

Semoga artikel ini membantu anda untuk mengetahui tentang Ujian Psikometrik SPA. Insyaallah, kami akan tambah lagi contoh soalan ujian psikometrik pada masa akan datang.

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda!

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.