Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Last Updated: 4 Julai 2021

Tahniah kami ucapkan buat anda yang berjaya dipanggil ke Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41.

Di saat negara kita sedang berjuang melawan Covid-19 ini, SPA telah memanggil calon untuk menghadiri peperiksaan online. Ini adalah satu berita baik. Usah disia-siakan peluang ini. Kita tidak tahu bila lagi SPA akan membuat panggilan baru.

Jika anda terlepas, mungkin akan perlu menunggu lebih lama.

Tarikh Peperiksaan

Peperiksaan pada kali ini akan berlangsung pada 8 Julai 2021.

Berdasarkan maklumat yang kami terima, berikut adalah format peperiksaan online spa bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 pada kali ini.

Format Peperiksaan

Peperiksaan mengandungi 3 seksyen yang merangkumi:

  • Seksyen A: Pengetahuan Am (50 Soalan)
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah (40 Soalan)
  • Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris (30 Soalan)

Untuk peperiksaan ini, anda hanya perlu fokus pada 3 seksyen yang masuk peperiksaan ini sahaja. Anda boleh abaikan seksyen ujian psikometrik yang tidak masuk peperiksaan.

Contoh Soalan

SPA tidak menyediakan apa-apa contoh soalan kepada calon. Oleh itu, anda perlu mencari dan membuat persediaan sendiri. Anda tiada pilihan lain.

Sebagai alternatif anda boleh mencari rujukan tambahan, ada pihak ke-3 yang menyediakan pakej berupa contoh soalan dan nota tambahan bagi membantu anda.

Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA

Sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik, anda akan ditempatkan di pelbagai jabatan dalam kerajaan sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Anda perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Anda perlu menjadi seorang yang serba boleh.

Skop soalan seksyen ini sangat luas. Ia boleh merangkumi:

  • Hal berkaitan jawatan
  • Dasar-dasar awam
  • Pengetahuan am mengenai Malaysia
  • Isu-isu semasa
  • Pentadbiran negara
  • Dan lain-lain

Berikut adalah contoh soalan pengetahuan am:

Transformasi perkhidmatan awam yang digariskan dalam RMK-11 adalah
  1. Kerajaan digital
  2. Bertumpukan rakyat
  3. Produktiviti dan kecekapan
  4. Penyusunan semula skim-skim jawatan
  1. I, II dan III
  2. I, III dan IV
  3. I, II dan IV
  4. II, III dan IV
Perlembagaan Malaysia memberi perlindungan seperti berikut kecuali
  1. Kedudukan istimewa orang Melayu.
  2. Hak bebas semua rakyat melawat mana-mana negara lain.
  3. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
  4. Hak yang sama rata bagi semua rakyat di sisi undang-undang.
Pentadbiran Tanah Negeri dan Daerah bertanggungjawab dalam aktiviti berikut kecuali
  1. Mengutip cukai pintu.
  2. Mendaftarkan hak milik strata.
  3. Memproses permohonan menggadai tanah.
  4. Memproses permohonan memecah sempadan.
Di antara intipati Perjanjian Penubuhan Malaysia ialah
  1. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia
  2. Sabah dan Sarawak diberikan kuasa autonomi penuh dalam pentadbiran negeri
  3. Kuasa kawasan imigresen diberikan kepada Sabah dan Sarawak
  4. Meliputi Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura
  1. I dan III
  2. I dan IV
  3. II dan III
  4. II dan IV
Kewarganegaraan Malaysia boleh diperolehi dengan kaedah berikut kecuali
  1. Kuatkuasa undang-undang
  2. Penganugerahan taraf
  3. Percantuman wilayah
  4. Pendaftaran

Bagaimana dengan 5 contoh soalan pengetahuan am di atas? Anda dapat jawab soalan yang diberikan atau tidak?

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah SPA

Berbanding Seksyen Pengetahuan Am, anda mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat skor maksimum dalam seksyen ini.

Soalan pula meliputi perkara berikut:

  • Kemahiran menggunakan logik
  • Kemahiran menginterpretasi data
  • Konsep matematik

Berikut adalah contoh soalan daya menyelesaikan masalah:

Kedai W terletak ke utara kedai X manakala kedai X terletak ke barat kedai Y. Kedai Z pula di selatan kedai Y. Jarak kedai W ke kedai X, kedai X ke kedai Y dab kedai Y ke kedai Z adlah sama iaitu 5km. Cari bearing kedai X dari kedai Z?
  1. 225°
  2. 270°
  3. 315°
  4. 335°
Puan Jamilah telah membeli mesin pengisar daging import yang berharga RM21,040. Dia membayar RM5,200 sebagai pendahuluan. Bakinya dibayar secara ansuran selama 1 ½ tahun. 

Berapakah wang yang perlu dibayar setiap bulan?
  1. RM680
  2. RM880
  3. RM980
  4. RM990
Diberi 4P + 2Q = -2 dan 4Q - 2P = 16. Apakah nilai P?
  1. -2
  2. 3
  3. -4
  4. 6
Amira mempunyai RM310 manakala adiknya mempunyai 4/5 daripada wang yang ada pada Amira. Mereka berkongsi wang untuk membeli 3 buku sains yang berharga RM25 sebuah, 4 buku matematik berharga RM32 sebuah, 2 buku sejarah yang sama harga dan 4 buku geografi yang harga 3/4 daripada buku sejarah sebuah. Sekiranya baki wang selepas pembelian buku adalah sebanyak RM175, berapakah harga sebuah buku sejarah?
  1. 108
  2. 72
  3. 36
  4. 27
M ialah titik tengah garis lurus PQ. Koordinat P ialah (-6, 9) dan koordinat titik M ialah (1, 5). Cari koordinat titik Q?
  1. (-7, 5)
  2. (-5, 13)
  3. (7, 2)
  4. (8, 1)

Contoh soalan matematik di atas ini susah atau senang? Diharapkan semoga anda boleh jawab contoh tersebut dengan mudah.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris SPA

Soalan kefahaman bahasa Inggeris boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil. Anda akan diuji dengan soalan berbentuk kefahaman (comprehension) dan juga tahabahasa (grammar).

Dalam artikel ini, kami tidak kongsikan contoh soalan bahasa Inggeris comprehension. Kami hanya kongsikan contoh soalan grammar sahaja.

His thinking leans _____ democracy.
  1. for
  2. with
  3. towards
  4. none of these
She got too tired _____ over work.
  1. on
  2. for
  3. because of
  4. because off
_____ her principles, she has to be vey careful.
  1. With regard of
  2. With regard on
  3. With regard to
  4. None of these
Building has been built _____ the new plan.
  1. for
  2. about
  3. accordance to
  4. in accordance with
The train _____ as fast as the bus.
  1. going
  2. moves
  3. running
  4. went

Contoh soalan bahasa Inggeris di atas ini agak mudah. Dan dalam peperiksaan sebenar, soalan boleh diolah dalam pelbagai bentuk bagi menguji kefahaman calon.

Rujukan Tambahan

Rujukan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Rujukan ini disusun khas untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41.

Ia disertakan dengan soalan + jawapan untuk membantu anda membuat persediaan segera. Turut disertakan dengan nota tambahan berkaitan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik.

klik → Rujukan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda!

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.