Contoh Soalan Akauntan Gred WA41

Kemaskini Terakhir:

Tahniah kami ucapkan buat anda yang berjaya dipanggil ke Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) bagi jawatan Akauntan Gred WA41.

Kali terakhir SPA memanggil calon untuk jawatan ini ke Peperiksaan Online SPA adalah pada 2017. Dan panggilan sebelumnya pula adalah pada 2014. Kini ia dibuka kembali pada 2020.

Nampak gaya seolah-olah peperiksaan SPA untuk jawatan ini dibuka tiap 3 tahun sekali pula. Jika terlepas peluang ini… Mungkin peluang berikutnya adalah pada tahun 2023.

Bilakah tarikh peperiksaannya?

Format Peperiksaan

Untuk peperiksaan ini, anda hanya perlu fokus pada seksyen yang masuk peperiksaan ini sahaja. Anda boleh abaikan seksyen yang tidak masuk peperiksaan.

Maklumat tentang format peperiksaan ada dimaklumkan SPA dalam emel panggilan memasuki peperiksaan yang anda terima.

Contoh Soalan

SPA tidak menyediakan contoh soalan yang banyak kepada calon. Terpulang kepada kebijaksaan calon untuk mencari dan membuat persediaan sendiri.

Apapun calon boleh mencari rujukan tambahan berupa contoh soalan dan nota tambahan yang disediakan oleh pihak ke-3.

Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA

Skop soalan untuk seksyen ini memang luas. Itulah antara cabaran yang dihadapi oleh calon untuk membuat persediaan. Calon memang perlu membaca banyak dan mempunyai pengetahuam am yang luas.

Skop soalan untuk seksyen ini pula merangkumi:

  • Hal berkaitan jawatan
  • Dasar-dasar awam
  • Pengetahuan am mengenai Malaysia
  • Isu-isu semasa
  • Pentadbiran negara
  • Dan lain-lain

Berikut adalah contoh soalan pengetahuan am:

Pihak Berkuasa Tempatan terletak di bawah bidang kuasa

  1. Kerajaan Persekutuan
  2. Kerajaan Negeri
  3. Jabatan Kerajaan Tempatan
  4. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Semua hasil cukai pintu dan cukai hiburan di sesebuah negeri terletak di bawah bidang kuasa

  1. Kerajaan Persekutuan
  2. Kerajaan Negeri
  3. Kerajaan Tempatan
  4. Lembaga Hasil Dalam Negeri

Manakah antara perkara berikut tidak diambil kira dalam menghitung susut nilai aset?

  1. Kos pembaikan
  2. Nilai skrap aset
  3. Harga kos belian
  4. Jangka usia penggunaan aset

Perlembagaan Malaysia memberi perlindungan seperti berikut kecuali

  1. Kedudukan istimewa orang melayu.
  2. Hak yang sama rata bagi semua rakyat di sisi undang-undang.
  3. Hak bebas semua rakyat melawat mana-mana negara lain.
  4. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Manakah dokumen yang menjadi sember buku tunai?

  1. Invois
  2. Nota debit
  3. Nota belian
  4. Baucar bayaran

Bagaimana dengan 5 contoh soalan pengetahuan am di atas? Anda dapat jawab soalan yang diberikan atau tidak?

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah

Sebagai seorang Akauntan, matematik bukanlah sesuatu yang asing. Dalam seksyen ini, anda mempunyai peluang tinggi untuk skor maksimum.

Soalan peperiksaan untuk seksyen daya menyelesaikan masalah, anda akan diuji meliputi perkara berikut:

  • Kemahiran menggunakan logik
  • Kemahiran menginterpretasi data
  • Konsep matematik dan akaun

Berikut adalah contoh soalan daya menyelesaikan masalah:

Siti mempunyai 280 biji buah oren. 1/8 dari jumlah keseluruhan disimpan untuk dirinya. Bakinya pula dibahagikan sama rata kepada rakannya Aminah, Rugayah, Salina, Mei Lin dan Kartini. Berapakah biji buah oren yang diterima oleh setiap rakannya?

  1. 49 biji
  2. 56 biji
  3. 66 biji
  4. 69 biji

8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain, berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

  1. 28
  2. 49
  3. 56
  4. 62

125, 216, 343, x, 729. Manakah antara berikut nilai yang mewakili x?

  1. 506
  2. 512
  3. 606
  4. 612

Pendapatan bercukai tahun ini ialah RM20,000 dan pada tahun hadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyak RM23,000. Berapakah jumlah cukai tambahan yang harus dibayar bagi tahun hadapan?

  1. RM200
  2. RM300
  3. RM900
  4. RM1,500

Jumlah cukai yang harus dibayar bagi pendapatan bercukai berjumlah RM8500 ialah

  1. RM815
  2. RM820
  3. RM825
  4. RM1,050

Contoh soalan matematik di atas ini susah atau senang? Diharapkan semoga anda boleh jawab contoh tersebut dengan mudah.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris

Soalan kefahaman bahasa Inggeris boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil. Anda akan diuji dengan soalan berbentuk kefahaman (comprehension) dan juga tahabahasa (grammar).

Dalam artikel ini, kami tidak kongsikan contoh soalan bahasa Inggeris comprehension. Kami hanya kongsikan contoh soalan grammar sahaja.

Siti woke up late today _____ he missed the bus.

  1. because
  2. so
  3. or
  4. and

The students have to bring their own toothbrushes, toothpaste _____ combs.

  1. and
  2. but
  3. for
  4. or

She is rich _____ kind.

  1. because
  2. so
  3. and
  4. but

You can take the red dress _____ the green grass.

  1. nor
  2. but
  3. or
  4. because

They did not come for the dance practice _____ it raind heavily.

  1. or
  2. so
  3. but
  4. because

Contoh soalan bahasa Inggeris di atas ini agak mudah. Dan dalam peperiksaan sebenar, soalan boleh diolah dalam pelbagai bentuk bagi menguji kefahaman calon.

Contoh Soalan Psikometrik SPA

Untuk Seksyen Ujian Psikometrik, mohon rujuk artikel di bawah.

Kami ada rekomen rujukan ujian psikometrik dalam artikel tersebut.

Rujukan mengandungi 200 contoh soalan psikometrik dan jawapan. Setiap jawapan pula mempunyai penerangan mengapa jawapan itu dipilih.

Untuk seksyen lain, kami rekomen rujukan di bawah:

Cadangan rujukan

Bagi membantu anda membuat persediaan, kami rekomen anda mendapatkan ebook rujukan yang disusun khas untuk peperiksaan online Akauntan Gred WA41.

rujukan akauntan
Anda sedang cari
contoh soalan + jawapan
peperiksaan online
Akauntan WA41?
klik

Ia disertakan dengan soalan + jawapan untuk membantu anda membuat persediaan segera.

Anda juga akan menerima nota tambahan berkaitan dengan jawatan Akauntan.

| Download Preview Copy |