Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah SPA

Kemaskini Terakhir:

Setiap seksyen dalam peperiksaan online SPA mempunyai format tertentu bagaimana soalan dalam seksyen tersebut diolah dan disusun.

Bagi calon yang memasuki peperiksaan tanpa pengetahuan tentang format soalan, mereka ini pasti merasakan soalan peperiksaan yang sedang dijawab itu sangat susah.

Tanpa pengetahuan tentang format soalan SPA juga, calon sukar untuk membuat ulangkaji dan latih tubi dengan berkesan.

Dalam peperiksaan online SPA, untuk seksyen daya menyelesaikan masalah, calon akan diuji menggunakan item-item yang meliputi 3 perkara di bawah ini:

  1. Kemahiran menggunakan logik
  2. Kemahiran menginterpretasi data
  3. Konsep matematik

Sebelum melihat contoh soalan matematik, mari kita lihat dulu beberapa tips untuk menjawab soalan matematik.

Tips Menjawab Soalan Matematik Dalam Peperiksaan Online SPA

Penting untuk anda ketahui yang dalam peperiksaan online SPA, anda berlumba dengan waktu. Setiap seksyen sudah dihadkan masa untuk menjawab.

Untuk itu... Sewaktu menjawab soalan matematik pastikan anda:

Jawap dengan cepat — anda perlu jawab dengan cepat supaya anda cukup masa untuk menjawab semua soalan. Cepat sahaja tidak mencukupi. Anda juga perlu menjawab dengan tepat.

Gunakan kalkulator — sekiranya anda boleh mengira dalam kepala dengan lebih cepat, tak perlu gunakan kalkulator pun tak apa. Tetapi jika kira dengan kalkulator adalah lebih cepat... gunakan sahaja kalkulator.

Sediakan kertas dan pensel — kertas ini berguna nanti bila anda perlu untuk menconteng. Oleh itu, elok sediakan kertas kosong siap-siap berdekatan anda. Mana tahu anda perlukannya nanti.

Ini sahaja dulu tips untuk menjawab soalan matematik SPA. Nanti baca pula tips peperiksaan online SPA dalam artikel lain.

Penerangan Pecahan Soalan Dan Contoh Soalan Matematik

Seperti mana yang diterangkan di atas tadi. Soalan matematik dalam peperiksaan online SPA boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil. Berikut adalah penerangan dan contoh soalannya.

1) Kemahiran Menggunakan Logik

Untuk skor maksimum pada bahagian ini, calon perlu menggunakan pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasikan maklumat yang diberikan.

Berdasarkan maklumat tersebut, calon perlu memilih jawapan yang paling tepat untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.

Contoh Soalan Kemahiran Menggunakan Logik:

contoh soalan kemahiran menggunakan logik

Rujuk rajah di atas. Sebuah uncang mengandungi 9 keping kad. Setiap kad ditanda dengan abjad satu perkataan. Sekiranya satu kad dipilih secara rawak dan kebarangkalian untuk kad bertanda A dan I terpilih adalah sama iaitu 2/9, apakah perkataan sebenar pada kad berkenaan?

  1. PERMAINAN
  2. PENILAIAN
  3. PEMBINAAN
  4. PEMILIHAN

2) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Untuk skor maksimum pada bahagian ini, calon perlu menganalisa data yang diberikan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.

Contoh Soalan Kemahiran Menginterpretasi Data:

contoh soalan kemahiran menginterpretasi data

Jadual di atas menunjukkan antara punca penagih mula mengambil dadah. Berapa peratuskah penagih mula mengambil dadah disebabkan oleh perasaan ingin tahu?

  1. 20%
  2. 25%
  3. 30%
  4. 40%

3) Konsep Matematik

Soalan-soalan yang diberikan adalah soalan asas matematik dalam sukatan pelajaran tingkatan 5. Manakala konsep matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometrik.

Contoh Soalan Konsep Matematik:

Jika 2 liter ubat methadone boleh menenangkan 20 penagih dalam masa 2 hari. Berapa literkah ubat methadone yang diperlukan untuk menenangkan 100 penagih dalam masa 1 hari?

  1. 2 liter
  2. 3 liter
  3. 4 liter
  4. 5 liter

Contoh Lain

Bagaimana dengan contoh soalan di atas? Dapat atau tidak anda jawab contoh soalan metematik yang diberikan?

Cuba lagi buat latihan dengan menjawab contoh soalan di bawah ini pula.

Dalam turutan nombor 2,3,5,8, … , apakah nombor yang ke 7?

  1. 12
  2. 17
  3. 23
  4. 24

Zulaikha boleh menyelesaikan 5 soalan matematik dalam tempoh 7 minit. Berapa jumlah soalan matematik yang boleh diselesaikan dalam masa 1 jam?

  1. 42
  2. 43
  3. 44
  4. 45

Dari nombor 1 hingga 30. Berapa bilangan digit 2?

  1. 11
  2. 12
  3. 13
  4. 14

Tukarkan 15300 saat kepada jam dan minit

  1. 2 jam 15 minit
  2. 2 jam 55 minit
  3. 4 jam 15 minit
  4. 4 jam 25 minit

Selesaikan, 2 jam 25 minit – 75 minit =

  1. 1 jam 10 minit
  2. 1 jam 20 minit
  3. 1 jam 50 minit
  4. 60 minit

Antara nombor-nombor berikut, manakah yang TIDAK BOLEH dibahagikan dengan 6?

  1. 534
  2. 426
  3. 384
  4. 736

Manakah yang hasilnya memberikan nilai yang paling hampir dengan 8?

  1. (8.4 x 3) / 3
  2. (7.5 x 3) / 3
  3. (6.2 / 3) x 4
  4. (5.9 / 3) x 4

2 jam 50 minit + 53 minit + 3 jam 24 minit =  

  1. 5 jam 7 minit
  2. 7 jam 7 minit
  3. 5 jam 27 minit
  4. 6 jam 27 minit

30, 32, 36, x, 60, 92. Apakah nilai x?

  1. 38
  2. 40
  3. 44
  4. 48

Sebuah gerai menjual nasi lemak telur dengan harga RM1.50 dan nasi lemak udang dengan harga RM1.80. Bilangan bungkusan nasi lemak yang dijual adalah sama dan keseluruhannya berjumlah 316 bungkus. Berapakah jumlah hasil jualan keseluruhannya?

  1. RM284.40
  2. RM474.80
  3. RM521.40
  4. RM568.80

5x + 30 = 5. Apakah nilai x?

  1. -5
  2. -10
  3. 5
  4. 10

Yang manakah tidak benar?

  1. 2/5 = 0.4
  2. 1/8 = 0.8
  3. 3/10 = 0.3
  4. 17/10 = 1.7

Hitungkan jumlah bagi nilai digit angka 7 dan 6 dalam nombr 78 624.

  1. 70 600
  2. 7 600
  3. 760
  4. 76

Jika jumlah bayaran lesen memandu untuk 6 bulan adalah RM90, berapah jumlah bayaran untuk 1 bulan?

  1. RM6
  2. RM12
  3. RM15
  4. RM18

Berapa peratuskah daripada 6 liter bersamaan dengan 1.92 liter?

  1. 0.32
  2. 3.2
  3. 30.2
  4. 32

Nombor manakah yang paling hampir dengan 7.5?

  1. 7.055
  2. 8.065
  3. 7.005
  4. 8.005

Berapakah nilai hasil tambah bagi nilai digit 6 dan nilai digit 4 dalam 65489 dan 6% dari hasil tambah itu?

  1. 2340
  2. 3730
  3. 2700
  4. 3624

Terdapat 40 orang murid di dalam 1 kelas. 90% dari mereka telah mengambil ujian dan 3/4 daripadanya telah lulus. Berapakah jumlah murid yang lulus?

  1. 27
  2. 30
  3. 33
  4. 36

Sebuah kedai pakaian terpakai menjual 500 helai baju dalam bulan Jun. Pada bulan berikutnya jualan baju mereka meningkat sebanyak 45%. Berapa helai baju yang telah dijual pada bulan Julai?

  1. 225 helai
  2. 650 helai
  3. 725 helai
  4. 900 helai

10 jam 10 minit selepas jam 7.30 malam ialah

  1. 5:40 pagi
  2. 10:30 malam
  3. 17:40 petang
  4. 5:40 petang

Sebelum Beli Rujukan

Sebelum anda membeli bahan rujukan untuk peperiksaan online SPA, baca artikel ini dulu: Tips Beli Bahan Rujukan.

Cadangan Rujukan

Bagi membantu anda membuat persediaan, kami rekomen anda mendapatkan ebook rujukan Extra Seksyen.

Rujukan ini mengandungi soalan + jawapan bagi membantu anda faham bagaimana soalan ditanya untuk setiap seksyen dalam peperiksaan online SPA.

rujukan seksyen daya menyelesaikan masalah
Anda sedang cari
contoh soalan + jawapan
daya menyelesaikan
masalah SPA?
klik

Rujukan:

  • Sesuai untuk peperiksaan KERAJAAN PUSAT
  • Sesuai untuk peperiksaan KERAJAAN NEGERI
  • Sesuai untuk semua gred jawatan

| Download Preview Copy |

Akhir Kata

Sebagaimana peperiksaan yang lain, persediaan adalah aspek yang penting untuk lulus dengan jayanya. Persediaan yang mencukupi boleh membantu anda lulus peperiksaan online SPA.

Perbanyakkan membuat latihan matematik. Sekiranya anda sudah terlupa banyak rumus matematik, cari rujukan bagi membantu anda membuat persediaan dengan lebih baik.